Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.
Abdul Rahman B Auf pernah ditanya:
Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Jawabnya:
1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit...
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta...
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran...
Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat kami:
1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat... rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan (secara online). Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
3. Perniagaan secara TUNAI sahaja seperti yang diamalkan di SawdaOnline.com
Kami harap perkongsian infomasi diatas boleh memberi kita semua satu petunjuk perniagaan yang baik.
Isnin, 9 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan