Bersediakah Anda Untuk Berniaga?
Menurut kajian, 40% daripada perniagaan yang baru dimulakan bakal mencapai kegagalan hanya setelah setahun syarikat itu ditubuhkan. Hanya 1 dari 10 perniagaan yang didaftarkan dapat hidup secara berterusan dan berpanjangan. Bagi ramai rakyat Malaysia, memulakan perniagaan sendiri atau memulakan kerjaya sebagai seorang peniaga atau usahawan adalah seumpama memulakan mimpi untuk menjadi seorang ahli Kelab Jutawan. Ada yang menjadi usahawan kerana ingin memperolehi hasil kewangan yang banyak secara cepat. Ada yang menjadi usahawan kerana ingin memperolehi kontrak yang lumayan. Ada yang ingin menjadi peniaga/ usahawan kerana imej dan stail kehidupan. Sama ada mereka mempunyai keupayaan melaksanakan kontrak itu bukan menjadi cita-cita mereka.
Kalau anda memulakan perniagaan di atas sebab yang dinyatakan di atas, maka ketahuilah bahawa peluang untuk anda mencapai kejayaan amatlah tipis sekali bahkan boleh dikatakan tidak ada langsung.
Sejumlah besar perniagaan yang baru dimulakan mencapai kejayaan hanya setelah perniagaan mereka diasaskan dengan ilham dan semangat perjuangan yang kental. Misi atau tugas urusniaga mereka ialah untuk menawarkan barangan serta perkhidmatan yang baik kepada bakal pelanggan mereka. Keuntungan yang mereka harapkan hanyalah berasaskan kepada keupayaan mereka menawarkan khidmat dan barangan yang terbaik untuk pelanggan mereka.
--------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana Memulakan Perniagaan Dengan SawdaOnline.com ?
Di SawdaOnline.com anda diperkenalkan kepada 2 strategi perniagaan untuk mendapatkan keuntungan
1. Membeli barang dengan harga pengedar dan menjual pada harga pasaran dan dapatkan keuntungan dari 20-50%
2. Melalui Insentif Introducer. Anda sebagai usahawan memperkenalkan pelanggan, sub-agen baru berpeluang mendapat Ganjaran tunai daripada pembelian pelanggan atau sub-agen baru tersebut.
Di samping itu, anda berpeluang mendapat sistem e-Dagangan yang dapat merekod setiap pelanggan dan sub-agen seterusnya informasi perniagaan anda setiap masa.
Ahad, 7 Jun 2009
Jumaat, 24 April 2009
Selasa, 21 April 2009
Jutawan Gawat
Disini ingin kami kongsikan artikel dari Dr. Irfan Khari ........
====================================================
JUTAWAN GAWAT

Oleh: Irfan Khairi
Ramai yang tanya kepada saya, perniagaan apa yang perlu dilakukan
ketika ekonomi merundum? Waktu kini di mana ramai pekerja terpaksa
dihentikan, dan juga para penganggur yang sedia ada ramai, keadaan
ekonomi yang merosot bagaikan memaksa ramai memikirkan untuk
memulakan perniagaan. Tetapi, perniagaan apa? Bagaimana hendak
menjadi jutawan ketika gawat?
Berikut adalah beberapa idea dan juga keadaan untuk anda fikirkan...
Sasarkan perniagaan anda kepada "baby boomers".
Baby boomers merujuk kepada golongan yang lahir dalam lingkungan
1945-1965. Ramai golongan ini dikatakan golongan yang "stable" dan
tidak terjejas sangat dengan keadaan ekonomi (bukan seperti
kita-kita yang muda-mudi ni! ). Mereka mempunyai kuasa pembelian
yang kuat oleh kerana mempunyai pendapatan untuk dibelanjakan yang
banyak.
Jika diikutkan, golongan babyboomers ini sedang dalam proses hendak
pencen, atau baru pencen. Oleh itu, kuasa belian adalah agak
tinggi. Ingin memulakan perniagaan ketika gawat? Sasarkan golongan
ini!
Jual produk atau perkhidmatan yang "mampu dibeli" bukan mewah.
Ketika ekonomi gawat, ramai akan mengurangkan perbelanjaan untuk
bermewah. Ramai akan cuba mengurangkan kos sara hidup dengan
mengurangkan perbelanjaan untuk bermewah. Oleh yang demikian,
ketika keadaan ekonomi gawat, produk dan perkhidmatan di dalam
kategori "mewah" perlu dielakkan.
Keadaan ekonomi gawat mengingatkan orang ramai untuk lebih
berhati-hati dalam perbelanjaan. To cut corners. Tidak berbelanja
sesuka hati mengikut nafsu. Oleh yang demikian, gunakan pengetahuan
ini untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Niagakan produk dan perkhidmatan yang dalam kemampuan ramai orang
dah bukan produk atau perkhidmatan mewah.
Mulakan perniagaan berkos rendah.
Kini, perkataan SoHo- Small office Home office sudah menjadi
kebiasaan. Seperti yang saya sering sarankan, apabila memulakan
perniagaan, fikirkan pilihan untuk mengurangkan kos permulaan.
Zaman kini, dengan kebolehan dan kekuatan Internet, sesiapa sahaja
boleh memulakan perniagaan daripada rumah. Mulakan SoHo!
Memulakan perniagaan secara tradisional, seperti menyewa tapak
kedai, membuat renovation kedai, memasang kelengkapan kedai dan
sebagainya boleh memakan berpuluh ribu ringgit kos permulaan. Itu
pun belum dikira kos overhead yang tinggi membayar elektrik, air,
air-cond, pekerja, pengangkutan dan sebagainya.
Bolehkah perniagaan anda dilakukan daripada rumah? Itulah soalan
pertama yang anda perlu tanya. Small office home office adalah
konsep yang sangat popular di negara barat, dan kina mula mendapat
perhatian kita di Malaysia. Secara peribadi, saya telah menjalankan
perniagaan SoHo sejak 10 tahun lalu! Bila kita kurangkan kos, maka,
keuntungan juga bertambah berlipat kali ganda!
Perniagaan tidak kira keadaan ekonomi
Satu tip yang saya terima dari pakar perniagaan adalah, tidak kira
ekonomi naik atau turun, permintaan produk dan perkhidmatan
mengenai health dan juga wellness tidak banyak berubah. Ini kerana,
orang ramai kini menitik beratkan kesihatan tidak kira keadaan
ekonomi.
Fikirkan produk dan perkhidmatan yang tidak terjejas dengan keadaan
ekonomi. Pelajari trend belian ketika ekonomi merosot, dan anda
pasti akan jumpa produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk dijual!
Menurut majalah Entrepreneur, produk organik juga adalah antara
produk yang akan boom ketika ekonomi merosot. Luangkan masa untuk
membaca majalah-majalah perniagaan dan mencari idea-idea perniagaan!
Akhir kata...
Tak kira keadaan ekonomi, dengan kebijaksanaan, usahawan perlu
melihat peluang-peluang yang ada dihadapan mereka. Fikirkan positif
dan jangan hanya lihat kepada kesan ekonomi negatif sahaja. Saya
kenali ramai usahawan yang berjaya ketika keadaan ekonomi merosot!
Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat
mengubah pendekatan perniagaan supaya dapat hidup tak kira ekonomi
turun atau naik.
Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target
market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah
mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru. Tiada yang
mustahil dalam perniagaan!
Teringat saya kisah kawan baik saya, jutawan hartanah Azizi Ali.
Tahukah anda bagaimana beliau menjadi jutawan? Beliau membeli rumah
ketika gawat 10 tahun lepas, dan menjualnya ketika ekonomi pulih
semula!
Itulah yang dinamakan jutawan gawat- menggunakan peluang kegawatan
untuk memperolehi keuntungan!

Khamis, 26 Mac 2009
TIP-TIP PILIHAN: Kerja Susah vs Kerja Mudah
===========================================

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan
tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?
Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan
perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka
melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.
Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup
melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan
promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network
yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi
yang produktif perniagaan baru setiap bulan.
Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan
perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak
menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya
menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun
yang lepas (tidak ubah).
Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi
mereka lakukan juga.
Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.
Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang
sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian... lakukannya juga!

Langgan:
Catatan (Atom)